Thursday, 30 September 2010

MOTIVASI PELAJAR 'SMART STUDENT MIND" di SRK TUTA1.

  
JOHOR BAHRU, 30 September- Syukur alhamdulillah, program  motivasi pelajar 'Smart Student Mind' telah berjaya di adakan di SRK Taman Ungku Tun Aminah 1 (TUTA1). Peserta lebih kurang 60 orang pelajar darjah 6 dan diadakan untuk mengisi program selepas menduduki UPSR.

Smart Student Mind berkonsepkan Mini-Seminar 3 jam dan menggunakan kaedah "Highly Experiential Learning" dan "Cutting-Edge Mind-Programming Technique".



Modul utama adalah mendedahkan peserta tentang Kebijakan Kewangan (Financial Intelligence) yang asasnya adalah pengurusan kewangan yang berkesan. Peserta telah di ajar cara-cara pengurusan wang yang paling mudah yang dipanggil Sistem Tabungan Bekas Kuih Raya. Sistem yang unik iaitu menyimpan untuk masa depan dan disuruh 'enjoy' pada masa yang sama. Paling penting ia adalah seimbang spiritual, emosional dan intelektual.

Modul bonus telah diberikan iaitu mengaktifkan getaran pelajar cemerlang dan menghapuskan getaran halangan menggunakan 'giant vacuum cleaner'.

 1
"Tidak mengantok"-Ainoor Mashita Hishamuddin

2
"...mengajar saya untuk mengejar impian..."
“Program ini sangat bagus dan best. Program ini membuatkan saya lebih keyakinan diri. Program ini membuatkan saya belajar untuk menabung. Program ini mengajar saya untuk mengejar impian. Program ini sangat best.”
-Mohamad Fahruddin bin Muntazib.
 3
"Saya berasa lebih bersemangat"
“Saya berasa sangat seronok dan bersyukur dapat menyertai program ini. Kini saya berasa lebih bersemangat dan yakin pada diri saya. Saya bangga dengan Pak De dan Aunty Lin. Jika berkesempatan saya ingin mengikuti program ini lagi. Terima kasih Pak De dan Aunty Lin.’
-Maisurah Nursyakirah Mohaideen
 4
"Semuanya best"
“Tak de apa-apa komen. Semuanya best. Program betul-betul best. Saya cadangkan abang buat klinik untuk menguruskan wang. Itu lagi bagus.”
-Mohamad Shahrol bin Mohamad Sah
 5
"...diteruskan ke sekolah yang lain..."
“Program yang sangat baik untuk minda dan otak kita. Terima kasih kerana hadir ke sekolah ini untuk memberi motivasi yang amat bernas. Cadangan saya ialah program ini harus diteruskan ke sekolah-sekolah yang lain supaya minda mereka berkembang.”
-Nur Izzaty bt Rosiyan Anwar
6
"...pengalaman paling baik.."
“Membuat aktiviti lebih banyak lagi. Ini pengalaman paling baik saya pernah menduduki. Datang lagi tahun depan untuk murid tahun enam akan dating.”
-Ahmad Zaidi b Zakaria

 7
"...ceramah yang terbaik yang diikuti..."
“Program ini di antara program ceramah yang terbaik yang diikuti oleh saya. Dapat banyak pelajari pelbagai teknik yang bagus dan berfaedah. Macam-macam cerita yang menyentuh hati seperti ada anak yang derhaka sehingga berbelas tahun tidak bertegur sapa dengan bapanya. Saya suka Aunty Lin sebab Aunty Lin dia pandai buat saya menangis dan begitu juga Pak De yang memberi ceramah atau teknik-teknik yang insyaallah saya ikuti.”
-Norhazirrah bt Abd Rahman
8
"..banyak kesan yang positif..."
“Program ini amat bagus dan memberi banyak kesan yang positif. Program ini juga baik kerana dapat menaikkan semangat saya. Program ini dapat memberikan kami kesedaran kepada kami.”
-Amirushafiq b Pat Mono
9
"...belajar bersungguh-sungguh.."
“Program motivasi ini memang menyeronokkan dan menarik. Ia dapat memberi semangat terhadap murid-murid. Ia juga dapat menyedarkan murid untuk belajar bersungguh-sungguh. Dapat membantu murid melangkah ke alam remaja. Saya berasa lebih semangat untuk berjaya dalam kehidupan dan bersedia melangkah ke alam remaja.”
-Syaza Syazwani bt Norhisham
10
"...merancang tentang kewangan.."
“Program ini sangat baik untuk merancang masa hadapan. Cadangan saya untuk membuat program ini di sekolah menengah sutera. Pengalaman saya semasa mengikuti program ini ialah dapat merancang tentang kewangan. Cadangan yang lain untuk buat dekat sekolah lain. Tammat.”
-Nur Rohmah bt Badron
 11
"...menghadapi masalah saya..."
“Program ini memang best dan menyeronokkan. Ia boleh membantu saya menghadapi masalah saya yang selalu dihadapi. Ia meyakinkan saya tentang sesuatu yang saya dah buat. Saya harap program ini akan diadakan lagi di sekolah ini.”
-Nur Afiqah bt Azman

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...