SUKSES STORI

Peserta Motivasi Pelajar 
'Smart Student Mind'

Sekolah Rendah Islam Hidayah, Senai, Johor.
 
1
"...ingin belajar bersungguh-sungguh.." 

"Saya rasa sungguh gembira mengikuti program ini dan pengalaman yang paling saya suka dalam program ini ialah berdoa dan bercakap dengan benda yang tidak hidup. Sekarang saya rasa ingin belajar bersungguh-sungguh kerana mendapat tips-tips untuk belajar. Harap program ini akan dilangsungkan lagi pada bila-bila masa. Saya suka akan penceramah kerana melayan kami dengan baik, terima kasih banyak. Wassalam."
- Nur Sabrina bt Khairanuar, pelajar.
2
"Semangat untuk belajar.." 

"Alhamdulillah. Program ini amat bermakna dan berguna untuk saya. Semangat untuk belajar mula muncul dalam hidup saya. Walaupun badan terasa letih, tapi ia amat berguna bagi saya. Nasihat-nasihat yang diberi akan saya amalkan. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang ke sekolah dan terima kasih Smart Student Mind."
- Maryam Nadhirah bt Baderol Allam, pelajar.

3
"...telah memotivasikan saya..."

 "Terima kasih penceramah kerana telah memotivasikan saya. Pengalaman yang saya dapat ialah semasa kita bayangkan diri kita semasa berumur 30 tahun. Saya berharap penceramah dapat datang semula ke sini untuk program motivasi ini bersama kami semua. Saya seronok kerana penceramah menceriakan kami. Jutaan terima kasih kerana memberi peluang untuk saya menulis komen dan pengalaman. Semoga usaha ini diteruskan lagi."
- Radhwa bt Yusairi, Pelajar.


4
"...lebih bersemangat..." 

"Alhamdulillah, dengan adanya program ini, saya telah menginsafi diri saya dengan baik. Ceramah Smart Student Mind membuka minda saya lebih luas. Banyak pengalaman dan iktibar dapat saya peroleh. Penceramah juga sangat ramah mesra dan kreatif. Program ini buat saya lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan. InsayAllah, dengan bimbingan program ini, prestasi saya akan meningkat dari segi akhlak dan lain-lain. Terima kaih Smart Student Mind. Jasa amat dihargai."
- Puteri Nur Khairiyah bt Megat Aman Zahiri, Pelajar.
5
"...rasa lebih yakin..." 

"Selepas saya mengikuti program ini, saya rasa lebih yakin untuk menghadapi cabaran dalam UPSR dan SPPM. InsyaAllah ana akan mendapat 18A dalam UPSR dan SPPM. Penceramahnya juga amat baik dan sopan santun."
- Luqman Hadi b Md. Ghazaly, Pelajar.
______________________________________________________
 SMK Taman Universiti, Skudai, Johor

1
"menghilangkan tension"
"Setelah mengikuti program ini, saya rasa lebih berfikiran terbuka dan dapat mempelajari cara untuk menghilangkan tension dan menepis segala halangan."
- Nurul shafika bt syafei
2
" legakan segala masalah"
"Smart Student Mind memang best! Dapat legakan segala masalah yang ada. Love Smart Student Mind!"
- Dinie saniahtun mahfuzah bt mahmod fuad

3
"lebih bersemangat"
"Program ini sangat berinformasi dan berguna kepada peserta tentang ilmu yang disampaikan. Peserta akan lebih bersemangat untuk hidup pada hari esok dengan pelbagai tips dan panduan tentang kuasa minda."
- Siti syuhada bt safaai
4
"berfikiran optimistik"
"Saya berasa lebih bersemangat dan berfikiran optimistik setelah mendengar motivasi yang telah disampaikan pakar motivasi. Teruskan memberi semangat kepada para belia remaja."
- Nur ellisa bt mohd ali

 
5
"banyak impian"
"Program ini telah menaikkan semangat saya untuk terus berusaha. Baru saya sedar bahawa saya mempunyai banyak impian untuk direalisasikan. Insyaallah."
- Muhd amsyar zarrin b zulkapli

 _________________________________________________________________
SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat, Johor
 
1
"amat dahsyat la"
Mmg sangat menarik dan amat dahsyat la.. Harap tahun depan dapat datang lagi. Saya akan guna pengalaman yang telah diberikan dengan bersungguh-sungguh.
-Nur Hazira bt Mohd Zaidee

 2
"mengubah persepsi"
Saya amat menyukai program ini kerana dapat mengubah persepsi dalam diri saya. Saya lebih berasa yakin untuk mencapai matlamat saya dan menjadikan diri ini lebih berharga. Ini menjadikan saya lebih transformasi. Saya amat memahami apa yang diceramahkan dan penceramahnya sungguh santai dan jelas.
-Nur Atiqah Ismail

3
"berasa teruja"
Saya berasa teruja apabila mengikuti program ‘Mini Seminar Kuasa Minda’ dan bertekad untuk megubah cara hidup kepada yang lebih baik.
-Nazurah Ibrahim

 4
"11A+ dalam SPM"
Saya berasa sangat gembira kerana saya telah belajar ilmu pengetahuan yang luar biasa dan sekarang saya yakin boleh mendapat 11A+ dalam SPM.
-Tan Kai Lin

 5
"sangat baik untuk orang yang lemah"
Saya suka program ini, ia sangat baik untuk orang yang lemah dalam pelajaran.
-Woo Ai Fang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...