Sunday, 23 January 2011

MOTIVASI PELAJAR 'SMART STUDENT MIND'- SRIH UPSR+SPPM=18A.



JOHOR BAHRU, 22 Januari 2011- Terima kasih kepada Pihak Pengurusan Sekolah Rendah Hidayah (SRIH), Senai kerana memberi peluang kepada Smart Student Mind berkongsi ilmu dan pengalaman dengan 160 pelajar-pelajar yang bakal menghadapi UPSR dan SPPM tahun ini.

Semoga mereka beroleh manfaat daripada program ini dan mencapai yang terbaik dalam UPSR dan SPPM. Semestinya 18A!

Ayuh ikuti komen-komen peserta kali ini:
1
"...ingin belajar bersungguh-sungguh.." 

"Saya rasa sungguh gembira mengikuti program ini dan pengalaman yang paling saya suka dalam program ini ialah berdoa dan bercakap dengan benda yang tidak hidup. Sekarang saya rasa ingin belajar bersungguh-sungguh kerana mendapat tips-tips untuk belajar. Harap program ini akan dilangsungkan lagi pada bila-bila masa. Saya suka akan penceramah kerana melayan kami dengan baik, terima kasih banyak. Wassalam."
- Nur Sabrina bt Khairanuar, pelajar.
2
"Semangat untuk belajar.." 

"Alhamdulillah. Program ini amat bermakna dan berguna untuk saya. Semangat untuk belajar mula muncul dalam hidup saya. Walaupun badan terasa letih, tapi ia amat berguna bagi saya. Nasihat-nasihat yang diberi akan saya amalkan. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang ke sekolah dan terima kasih Smart Student Mind."
- Maryam Nadhirah bt Baderol Allam, pelajar.

Saturday, 25 December 2010

MOTIVASI PELAJAR 'SMART STUDENT MIND'- EDISI BACK TO SCHOOL

JOHOR BAHRU, 25 Disember- Edisi Khas Kembali Ke Sekolah, Motivasi Pelajar 'Smart Student Mind' telah berjaya diadakan sebagai memberi momentum dan 'mind-setting' supaya pelajar bersedia untuk kembali ke sekolah setelah lama bercuti.

Satu slot khas bersama ibubapa telah diadakan di akhir program untuk memastikan 'mind-programming' yang dilakukan akan diteruskan di rumah. Tahniah kepada ibubapa yang hadir (98%). Kejayaan adalah usahasama dan komitmen di antara semua pihak.

Ayuh kita lihat aksi-aksi mantap sepanjang program.



Saturday, 13 November 2010

MOTIVASI PELAJAR 'SMART STUDENT MIND' - SMKTU, SKUDAI


JOHOR BAHRU, 12 Nov- Terima kasih kepada di SMK Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru Johor kerana memberi kepercayaan kepada program motivasi pelajar 'Smart Student Mind' yang menekan perubahan minda ke arah belajar itu 'best' dan 'fun'.

Peserta berjumlah lebih kurang 100 orang. Ini adalah sebahagian daripada program sekolah untuk pelajar-pelajar lepasan PMR. SMK TU merupakan antara sekolah terbaik di kawasan Skudai. Antara faktor kejayaannya adalah komitmen guru-guru menganjurkan program-program pembangunan akademik dan sahsiah. Tahniah!

Ayuh kita lihat apa komen peserta pula:
1
"menghilangkan tension"
"Setelah mengikuti program ini, saya rasa lebih berfikiran terbuka dan dapat mempelajari cara untuk menghilangkan tension dan menepis segala halangan."
- Nurul shafika bt syafei
2
" legakan segala masalah"
"Smart Student Mind memang best! Dapat legakan segala masalah yang ada. Love Smart Student Mind!"
- Dinie saniahtun mahfuzah bt mahmod fuad

Wednesday, 13 October 2010

MOTIVASI PELAJAR 'SMART STUDENT MIND'- SMK DSE, BP

 
 
 BATU PAHAT, 13 Okt - Syukur alhamdulillah, program Motivasi Pelajar 'Smart Student Mind' telah berjaya diadakan di SMK Dato' Syed Esa (DSE), Batu Pahat, dengan lebih 200 orang peserta, pelajar tingkatan 4.

Kaedah penyampaian yang lain daripada yang lain, memukau para peserta. Ini diakui sendiri oleh YDP PIBG SMK DSE. Walaupun masa singkat tapi sungguh padat dan berkesan, serta memberi impak maksima. 

Terima kasih kepada SMK DSE kerana memberi peluang kepada Smart Student Mind Team berkongsi kepakaran dan menambah nilai kepada kehidupan pelajar-pelajar dan para remaja amnya. Semoga kerjasama akan diteruskan. 

Mari kita lihat komen peserta pula:


 1
"amat dahsyat la"
Mmg sangat menarik dan amat dahsyat la.. Harap tahun depan dapat datang lagi. Saya akan guna pengalaman yang telah diberikan dengan bersungguh-sungguh.
-Nur Hazira bt Mohd Zaidee

 2
"mengubah persepsi"
Saya amat menyukai program ini kerana dapat mengubah persepsi dalam diri saya. Saya lebih berasa yakin untuk mencapai matlamat saya dan menjadikan diri ini lebih berharga. Ini menjadikan saya lebih transformasi. Saya amat memahami apa yang diceramahkan dan penceramahnya sungguh santai dan jelas.
-Nur Atiqah Ismail

Thursday, 30 September 2010

MOTIVASI PELAJAR 'SMART STUDENT MIND" di SRK TUTA1.

  
JOHOR BAHRU, 30 September- Syukur alhamdulillah, program  motivasi pelajar 'Smart Student Mind' telah berjaya di adakan di SRK Taman Ungku Tun Aminah 1 (TUTA1). Peserta lebih kurang 60 orang pelajar darjah 6 dan diadakan untuk mengisi program selepas menduduki UPSR.

Smart Student Mind berkonsepkan Mini-Seminar 3 jam dan menggunakan kaedah "Highly Experiential Learning" dan "Cutting-Edge Mind-Programming Technique".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...