JOHOR BAHRU, 22 Januari 2011- Terima kasih kepada Pihak Pengurusan Sekolah Rendah Hidayah (SRIH), Senai kerana memberi peluang kepada Smart Student Mind berkongsi ilmu dan pengalaman dengan 160 pelajar-pelajar yang bakal menghadapi UPSR dan SPPM tahun ini.
Semoga mereka beroleh manfaat daripada program ini dan mencapai yang terbaik dalam UPSR dan SPPM. Semestinya 18A!
Ayuh ikuti komen-komen peserta kali ini:
1
"...ingin belajar bersungguh-sungguh.."
"Saya rasa sungguh gembira mengikuti program ini dan pengalaman yang paling saya suka dalam program ini ialah berdoa dan bercakap dengan benda yang tidak hidup. Sekarang saya rasa ingin belajar bersungguh-sungguh kerana mendapat tips-tips untuk belajar. Harap program ini akan dilangsungkan lagi pada bila-bila masa. Saya suka akan penceramah kerana melayan kami dengan baik, terima kasih banyak. Wassalam."

- Nur Sabrina bt Khairanuar, pelajar.
2
"Semangat untuk belajar.."
"Alhamdulillah. Program ini amat bermakna dan berguna untuk saya. Semangat untuk belajar mula muncul dalam hidup saya. Walaupun badan terasa letih, tapi ia amat berguna bagi saya. Nasihat-nasihat yang diberi akan saya amalkan. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang ke sekolah dan terima kasih Smart Student Mind."

- Maryam Nadhirah bt Baderol Allam, pelajar.